Lebih 72% responden tidak tahu cara melupuskan sisa minyak masak dengan betul.

Kebiasaannya mereka hanya curah ke dalam sinki, longkang atau tong sampah. Mereka tidak tahu bahawa ketiga-tiga kaedah itu telah mencemarkan alam sekitar dengan teruk sekali. Ikuti cara-cara yang disediakan bagi membolehkan minyak masak dikitar semula.

Soalan yang kerap ditanya (FAQ)

Frequently Asked Questions

Cara-cara

melupuskan minyak masak

(1)  Lepas menggoreng, biarkan minyak sejuk seketika.

(2)  Tuang ke dalam botol plastik atau botol kaca.

(3)  Hubungi kami untuk derma atau jual MMT kepada kami.

 

Apa yang akan

kami lakukan dengan minyak ini?

Kami akan kitar semula dan up-cycling MMT menjadi biodiesel, sabun cuci dan lilin.

Ke mana akan kami salurkan

pendapatan daripada jualan minyak ini?

Kami akan salurkan untuk tujuan dan program kebajikan, iaitu

  • pemberian bekalan barangan dapur, atau
  • pemberian bekalan kit kebersihan termasuk bahan mencuci daripada produk sabun homemade kami, atau
  • membuat kempen kesedaran kepada komuniti dan sekolah tentang cara pengurusan sisa domestik yang betul, atau
  • mengajarkan kemahiran membuat sabun kepada golongan sasaran tertentu.
Faedah kepada anda sekiranya

anda menderma atau menjual minyak masak kepada kami?

  • mengelakkan sinki dapur anda tersumbat akibat buangan MMT.

  • melestarikan alam sekitar secara anda sedar mahupun tidak.

  • menjana pahala secara pasif, menjadi saham akhirat apabila tanpa sengaja anda telah menjadi penyumbang kepada program kebajikan, hanya bermodalkan sisa MMT anda.

GWS, Rakan Kitar Semula Anda.
Hakcipta Terpelihara © Green Waste Selangor. Dibangunkan oleh Grocern.