Tukar Sisa Jadi
Duit & Kebajikan ♻️

Daripada buang ke dalam sink, longkang atau tong sampah dan mencemarkan alam, anda boleh pilih untuk kitar semula minyak masak terpakai (MMT) anda dengan sejukkan – simpan dalam bekas plastik atau kaca – dan HUBUNGI KAMI.

KLIK pilhan anda di bawah, dan tunggu kami datang pickup di tempat anda. 

Kenapa Anda Perlu Pilih GWS?

Datang Terus Ke Tempat Anda

Tak perlu angkut ke sana sini, tak tumpah tak kotor.

Mengikut Harga Semasa

Kami buat bayaran terus kepada anda dalam masa 24 jam.

Pasti Selamat

Jaminan minyak terpakai tak dijual semula sebagai minyak masak baru. Kami telah menukarkan 800kg sisa minyak masak terpakai menjadi sabun untuk program kebajikan.

Siapa GWS?

  • NGO Berdaftar
    Perniagaan Sosial Berkebajikan
  • Pendidikan Masyarakat
    Pengurusan Sisa Domestik – Konsep 5R
  • Pelaksana Kempen Komuniti
    Menjana Pendapatan & Bertujuan Kebajikan
  • Up-cycling MMT
    Menjadi Sabun dan Biodiesel

4 Langkah untuk
Kitar Semula Minyak Masak Terpakai

1. Kumpul & Simpan Botol

2. Isi Borang Online 📝

3. Kami Update & Datang 🚚

4. Kami Bayar Anda 💰

Harga Semasa MMT

*Harga yang diberikan adalah per kilogram (kg)
  • Sehingga 50kg:

    RM2.00

  • 51kg – 100kg:

    RM2.50

  • 101kg ke atas:

    RM3.00

Kami berbangga berkhidmat bersama anda
demi kelestarian Malaysia 🇲🇾 yang tercinta

2019
projek dilancarkan
75,000kg+
MMT telah dikitar semula
2050+
penerima manfaat

Apa Kata Mereka?

Pn Suzanna Abdul Rahman

Ketua Muslimat
Surau Al-Amin, Alam Sari
Alhamdulillah, terima kasih kepada team yang mengendalikan program pengumpulan minyak masak terpakai, yang dapat mengelakkan pembuangannya ke longkang dan tersumbat. Pengurusan pengumpulan minyak masak terpakai ini menuntut satu tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar. Program ini perlu diteruskan dan perlu disusuli dengan program pembuatan sabun.

Chef Qayyum

Cheppenim’s Kitchen

Hampir setahun kami mengitar semula minyak terpakai, alhamdulillah sangat senang, kumpul sahaja minyak dalam tong yang mereka sediakan, dah penuh hubungi mereka, sepantas kilat mereka datang. Yang lebih seronok mereka siap bayar kita dengan harga yang agak mahal sebenarnya, dapat juga kita duit untuk beli minyak baru. Terbaik!

Cikgu Azuwa

Guru Sekolah
SK Jalan Enam Bandar Baru Bangi
Program pengumpulan minyak masak terpakai telah bermula sejak tahun 2019 memberikan impak kepada kesedaran penjagaan alam sekitar. Setiap kali aktiviti kutipan minyak masak terpakai, pasti ada pelajar yang datang dan bertanyakan guru tentang kepentingannya, memberikan pengalaman pembelajaran melalui pemerhatian mengenai nilai menjaga alam sekitar. Pengalaman ini akan menjadi titik tolak kepada perubahan amalan kepada murid, menjadi ingatan apabila mereka dewasa nanti.

Rakan strategik kami

Tunggu Apa Lagi, WhatsApp Kami
Atau Terus Isi Borang

GWS, Rakan Kitar Semula Anda.
Hakcipta Terpelihara © Green Waste Selangor. Dibangunkan oleh Grocern.